APA ITU PERPADUAN ?


 Jika kita bicarakan tentang Negara Malaysia pasti akan terlintas di fikiran orang ramai tentang sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan.Kita sering mencanangkan negara kita merupakan sebuah negara yang harmoni, aman dan damai.Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu perpaduan.

Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana? Benarkah kita bertanya kepada diri sendiri bahawa sejauh manakah tahap perpaduan yang wujud dalam negara kita?Adakah kita semua sudah berpuas hati dengan segala yang ada sekarang? Atau kita mampu mengubahnya supaya ia menjadi lebih harmoni lagi?

Dari segi semantik bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'.Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'.Selain itu, secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara.Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, yang berlangsung pada Februari 1992.Jadi daripada pengabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air.

Comments