DETIK HITAM BERKAITAN PERPADUAN YANG MEMBERI KESAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Tahukah anda peristiwa 13 Mei yang berkait dengan perpaduan yang dibanggakan oleh masyarakat? Malangnya, tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia.Dalam pilihan raya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telahdibangkitkan dan ditimbulkan seperti status bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.Dalam suasana yang tegang dan penuh emosi itu, maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga telah menyebabkan negara kita menjadi tumpuan seluruh dunia.Ironinya, 13 Mei ini merupakan antara masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi.Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian.Apabila pengasingan kaum berdasarkan kelompok ekonomi menjerat penyatuan mahupun persefahaman antara etnik, walaupun duduk di bawah satu bumbung yang sama maka akhirnya tercetuslah insiden berdarah 13 Mei 1969.Dalam usaha membendung masalah 13 Mei supaya keamanan dan kedamaian yang berterusan dapat terus dikekalkan, kerajaan mengetahui bahawa kita memerlukan satu ideologi untuk kita bersatu.Maka Rukun Negara telah diperkenalkan. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).





Comments

Popular Posts