SEJAUH MANAKAH PERPADUAN DI NEGARA KITA
1)Masih menghormati adat setiap kaum
-Sebagaimana yang kita dapat lihat dalam kehidupan seharian kita, masyarakat di Malaysia sangat menghormati adat setiap kaum kerana mereka sedar bahawa mereka tinggal dinegara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Contoh yang dapat saya lampirkan disini ialah semasa perayaan aidilfitri , masyarakat yang bukan beragama islam juga turut meraikan perayaan tersebut dengan cara berkunjung ke rumah sahabat yang terdekat. Hal ini menunjukkan bahawa agama lain juga menghormati budaya agama islam tanpa timbulnya isu perkauman. Sama seperti perayaan agama lain, agama islam juga turut menghormati adat budaya mereka.
2)Persefahaman yang tinggi antara pemimpin
- Di Malaysia , kuasa tertinggi ialah Yang-Dipertuan Agung yang dipilih daripada kalangan raja-raja melayu. Manakala jawatan di bawah Yang-Dipertuan Agung seperti perdana Menteri , timbalan perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tetapi tiada isu rusuhan yang berlaku antara pemimpin berkaitan dengan agama masing-masing. Hal ini merupakan contoh yang baik untuk masyarakat contohi kerana siapa lagi yang perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat kalua bukan para pemimpin.
3)Membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa
-Masyarakat di Malaysia sangatlah menitik beratkan tentang nilai tolong- menolong jika masyarakat lain berada dalam kesusahan. Contoh yang paling ketara pada masa ini ialah berkaitang dengan kes bayi kecil yang bernama Naail.Bayi ini telah disahkan menghidap penyakit “Spinal Muscular Atrophy (SMA)” oleh doktor yang berkaitan dan memerlukan wang sebanyak RM9 JUTA untuk membiayai bil ubat penyakit tersebut. Rakyat Malaysia telah membuka tabung untuk menderma wang kepada bayi Naail dan jumlah kutipan tersebut hampir mencecah 3JUTA dalam jangka masa yang pendek sahaja. Disini kita dapat melihat bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin kepada keadaan orang disekeliling mereka.Jika anda berminat untuk menderma bolehlah merujuk kepada akaunt tiktok foundermisi.
Comments
Post a Comment